Skip to main content

Penyediaan Baja Ammonium Dalam Makmal

Penyediaan Baja Ammonium Sulfat



      Prosedur

1.25cm3 asid sulfurik disukat dengan silinder penyukat. Asid ini dituang ke dalam bikar 100 cm3..
2.Larutan ammonia dititis setitik demi setitik ke dalam bikar itu sementara larutan dikacau dengan rod kaca.
3.Larutan yang terhasil diuji dengan kertas litmus merah dari semasa ke semasa. Penitisan larutan ammonia dihentikan sekiranya kertas litmus bertukar kepada biru (atau semasa larutan mengeluarkan bau ammonia).
4.Kemudian, larutan dituang ke dalam mangkuk penyejat.
5.Larutan dididihkan sehingga tepu.
6.Larutan tepu disejukkan pada suhu bilik. Hablur-hablur putih ammonium sulfat akan terbentuk.
7.Hablur-hablur garam itu dituras dan dibilas dengan air suling yang sejuk.
8.Hablur-hablur yang terbentuk dikeringkan dengan kertas turas.

        Analisis
    
  • Larutan ammonia adalah berlebihan ketika kertas litmus merah mula bertukar warna.
  • Larutan ammonia adalah berlebihan ketika kertas litmus merah mula bertukar warna.
  • Hablur-hablur garam dibilas dengan sedikit air suling yang sejuk untuk menyingkirkan bendasing seperti larutan ammonia.











Comments