Skip to main content

Proses Sentuh

PROSES SENTUH

  • Terdiri Daripada 3 Peringkat
  1. Penghasilan Sulfur Dioksida
  • Pembakaran Serbuk Sulfur Dalam Udara(Gas Oksigen) Untuk Menghasilkan Gas Sulfur Dioksida
  • S + O2→SO2
    2.Penghasilan Sulfur Trioksida
  • Gas sulfur dioksida yang terhasil ditulenkan untuk menyingkirkan arsenik yang meracuni mangkin dalam tindak balas. Gas sulfur dioksida kemudiannya dipanaskan bersama-sama gas oksigen kering yang berlebihan. Pada suhu 450 °C – 500 °C dan tekanan 1 atmosfera, tindak balas berlaku dengan kehadiran mangkin vanadium (V) oksida, V2O5, untuk menghasilkan sulfur trioksida. Persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku adalah:
  • 2SO2+O2⥦2SO3
  • Dibawah keadaan tindak balas yang optimum ini, 98% sulfur trioksida dihasilkan. Sulfur dioksida yang tidak ditukarkan kepada sulfur trioksida dialir semula ke menara untuk bertindak balas.
       3.Penghasilan Asid Sulfurik
  • Sulfur trioksida yang terhasil dialir melalui asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7. Pencairan oleum dengan air menghasilkan asid sulfurik, H2SO4. Persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku adalah:

  •           H2S2O7+H20→2H2SO4
  • Platinum dan vanadium (V) oksida bertindak sebagai mangkin dalam Proses Sentuh. Vanadium (V) oksida lebih biasa digunakan daripada platinum walaupun vanadium (V) oksida kurang berkesan. Ini disebabkan vanadium (V) oksida lebih murah dan tidak mengalami keracunan arsenik.





Comments

Popular posts from this blog

Kaca Dan Seramik

Kaca Dan Seramik,Benda Apa Tu?😵 Sebuah Prisma Yang Anggun Haaaaaaa,Ni Dia Contoh Kaca Dan Seramik Dalam Kehidupan Seharian Kita,Macam Pernah Lihat ja,Kan?😪😪Tak Kan Tak Kenal Jenis Kaca,Sifat Dan Kegunaannya Dalam Kehidupan Seharian Kaca Silika Terlakur→Silika,SiO 2 Tahan Terhadap Haba Dan Bahan Kimia,Mempunyai Ketulenan Yang Tinggi,Lutsinar,Mempunyai Rintangan Yang Tinggi Terhadap Kejutan Terma(Senang Kata,Tahan Haba😑) Membuat Alatan Kaca Makmal,Kanta Optik,Teleskop,Cermin,Gentian Optik Kaca Soda Kapur→Campuran Silika,SiO 2 Dan Kalsium Karbonat,CaCO 3 Atau Natrium Karbonat,Na 2 CO 3 Takat Lebur Yang Rendah,Mudah Dibentuk,Tahan Terhadap Bahan Kimia,Tidak Tahan Kepada Haba,Mempunyai Pekali Pengembangan Terma Yang Tinggi(WHAT?😕)          kecenderungan jirim berubah dari segi  bentuk ,  keluasan  dan  isipadu  sebagai tindak balas jirim tersebut kepada perubahan  suhu . [2] _(Sumber WikiPedia) Membuat Kaca Ting

Komposisi Dan Sifat Aloi

Komposisi Dan Sifat Aloi           Gangsa  Komposisi-90% Kuprum Dan 10% Stanum Kuat Dan Keras,Tidak Mudah Mengakis,Mempunyai Permukaan Yang Berkilat Digunakan Untuk Membuat Patung Atau Tugu,Membuat Pingat,Pedang,dan Barangan Hiasan           Loyang  70% Kuprum dan 30% Zink Lebih Keras Daripada Kuprum Membuat Alat Muzik Dan Perkakas Dapur         Keluli 99% Ferum dan 1 % Karbon Keras Dan Kuat Membina Bangunan Dan Jambatan,Membuat Badan Kereta dan Landasan Kereta Api       Keluli Nirkarat 74% Ferum 8% Karbon 18% Kromium Berkilat,Kuat,Tidak Berkarat Membuat Alatan Seperti Pisau,Membuat Alatan Pembedahan       Duralumin 93% Aluminium 3% Kuprum 3% Magnesium 1% Mangan Ringan Dan Kuat Membuat Badan Kapal Terbang Dan Kereta Api Laju         Piuter 96% Stanum 3% Kuprum 1% Antimoti Berkilat,Berkilau,Kuat Membuat Cenderamata

Susunan Atom Dalam Aloi

Susunan Atom Dalam Aloi   Kehadiran Atom Logam Asing Yang Berlainan Saiz Menggangu Susunan Atom Yang Teratur Dalam Sesuatu Logam Hal ini Menjadikan Penggelosoran Lapisan Logam Lebih Sukar Berlaku Jika Daya Dikenakan Hal Ini Menyebabkan Aloi Lebih Keras Dan Lebih Kuat Daripada Logam Tulennya